1st day Raya.
Hi alls! Selamat Hari Raya semua! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah swt ini untuk menyambut hari lebaran bersama family terchenta. Hari Raya seperti hari kelahiran baru/ semula, permulaan ke arah kehidupan yang lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas, hari untuk memperbaharui niat/ matlamat hidup and etc...etc... Dah macam menyambut tahun baru gayanya. Walau apa-apa pun, semoga istiqamah...
# Ucapan Hari Raya:
1. Pandu cermat, jiwa selamat.
Mana-mana yang balik kampung tu, drive safely. Tak kisah le kampung awak tu jauh/ dekat, toksah la nak merempit impak maksima bagai. Malang tidak berbau. Macam-macam perkara yang unexpected boleh berlaku. Waspadalah, even kat daerah tu lengang tak banyak kereta lalu-lalang pun, kena patuhi peraturan lalu lintas. Ini tak. Lampu isyarat merah pun main redah je. Not so good ok! Hati-hati di jalan raya. *Pesanan untuk diri sendiri jugakkk... Hari ni 3 kali kena hon. Nyaris-nyaris nak kena langgor. =,='
2. Balik kampung, rumah ditinggal-tinggalkan.
Kampung ku tak jauh sangat, tak juga dekat. Tapi tak pernah tidur sana sejak beberapa tahun yang lalu. Makanya, tak ada event kemas baju masuk dalam beg untuk pulang ke kampung berhari raya. Tiada. Selalu je lepas solat raya terus ke kampung mengunjungi sanak-saudara yang jauh di mata tetapi dekat di hati. *Ecewahhh! Kepada mereka-mereka yang pulang ke kampung nun jauh berkilometer itu, jangan lupa keselamatan harta benda rumah. Kunci ketat-ketat segala pintu, pagar, dan tingkap rumah, tutup tong gas sebaiknya, check+tutup/cabut segala suis peralatan elektrik, roger jiran-jiran sebelah menyebelah yang tak balik kampung tu bahawa kita nak balik kampung berhari raya selama beberapa hari/ minggu untuk sama-sama tolong awasi rumah kita, jangan dilupa roger pada pihak polis untuk ronda-ronda kawasan rumah kita sepanjang pemergian kita berseronok berhari raya, dan anda tahu apa nak buat selanjutnya...
3. Mandi sunat Hari Raya+Solat Sunat Hari Raya
Pagi raya before nak pergi solat raya tu semestinya kita akan mandi wangi-wangi. Time mandi tu, sempat-sempatkanlah untuk baca niat mandi sunat hari raya aidilfitri. Sunat je pun. Bukannye wajib. Buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa. You choose. Lepas tu ramai-ramai sekeluarga menuju ke masjid/ surau yang berdekatan untuk menunaikan solat sunat hari raya 2 rakaat disertai dengan khutbah raya.
4. Bermaaf-maafan & ziarah menziarahi
Ini adalah satu perkara utama yang dilakukan pada tiap-tiap hari raya. Kita akan memohon ampun+maaf kepada keluarga, ibu, abah, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik sekalian, nenek, atok, moyang, opah, makcik, pakcik, anak sedara, sepupu, sepapat segala, tidak dilupa sahabat handai semua. Mohon maaf zahir dan batin atas salah dan silap kita selama ini. Trend sekarang ni wish raya dan maaf zahir+batin dengan SMS pun boleh. Tak cukup dengan SMS, Facebook, Tweeter & macam-macam medium yang kita suka. Kalau nak yang lebih nostalgik, hantar kad raya yang kiut-miut dalam sampul surat yang ada lekat setem ke rumah by incik posmen lah.
Selepas bermaaf-maafan di hari raya, kita akan kunjung-mengunjungi ke rumah-rumah untuk mengumpul duit raya sambil makan-makanan yang sedap-sedap. *Eh?! Tujuan asal kunjung-mengunjung ni adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Almaklumlah, 24 jam busy dengan kerja sampai takde masa langsung nak berjumpa. Maka, setahun sekali di hari raya ini adalah hari yang strategik sekali untuk menziarahi sanak-saudara/ jiran tetangga. Jangan dilupa adab menziarahi tetangga. Hormati privacy tuan rumah.
5. Makan-makan
Setiap rumah yang kita singgah, tuan rumah akan sedaya upaya melayan kita dengan sebaik-baiknya. Ayte?! Ada yang hidangkan kuih-muih aneka bentuk, rasa dan warna. Tak kurang juga disajikan dengan makanan tradisi utama hari raya seperti lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, lodeh, and you named it. Terlalu banyak sampai tak tahu nak makan apa dahulu. Rasa tersangat nikmat. Tapi, walau apa pun. Kita harus beringat. Tak kan setiap rumah yang kita singgah dan dihidangkan dengan makanan yang pelbagai tu kita santap sampai tak ingat dunia? Kesian perut kan. Baru je puasa ari tu, Perut dah clear dari segala penyakit. Tiba je hari raya, datang balik penyakit. Jadi, sila control pemakanan anda. Jaga kesihatan juga. Makan sekadar untuk memenuhi pelawaan tuan rumah. Beragak-agak sedikit. Raya sebulan. Time puasa hari tumesti ada yang berdiet ketat kan. Elok-elok je turun 1 kg, la ni naik 3 kg terus. Tak ke sadis begitu??? *Sesungguhnya, pesanan ini juga ditujukan kepada diri sendiri yang selalu over makan time raya macam tak akan jumpa lagi makanan yang sedap itu akan datang. =,='
6. Duit raya+zakat fitrah
Bagi yang bekerjaya, tak kisah la kerja apa pun. Semestinya ada menyediakan walau tak banyak, sedikit pun jadilah, duit raya untuk kanak-kanak riang. Duit raya itu adalah sedekah. Semoga Allah swt murahkan rezeki orang yang bersedekah dengan memberi duit raya kepada kanak-kanak riang itu tadi. Untunglah~ Senyum selebar-lebarnya dapat 50 sen. :)
Zakat fitrah adalah kewajipan bagi semua umat Islam yang mampu dan ianya adalah Rukun Islam yang ke-4. *Ingat lagi tak, Rukun Islam ada berapa perkara kawan-kawan? Tidak sempuran Rukun Islam seseorang itu sekiranya dia tidak mengeluarkan zakat. Zakat adalah salah satu medium untuk kita mensyukuri nikmat harta yang Allah swt kurniakan kepada kita dengan membantu golongan yang tidak bernasib baik.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Pesanan Raya: Jangan tinggal solat dengan sengaja okayyy!
Have a nice Hari Raya. :)