::Tukar Kerja::

Assalamualaikum...

Cukup setahun, mula berubah hati untuk mencari kerjaya yang lebih terjamin walaupun sebelum ni merapu cakap "I LOVE MY JOB!". Banyak cabaran dan dugaan bekerja di tempat lama dulu. Hari-hari survey jawatan kosong yang available untuk di apply. Terdesak. 

Tujuan utama mencari kerja baru:

1. Tiada caruman KWSP, PERKESO, Medical Card

Ok. Masa mula-mula kerja dulu, memang tak tahu menahu langsung mengenai kewajipan majikan & pekerja. Offer letter pun tiada. Tapi, disebabkan teruja sebab 1st interview terus dapat kerja, maka isu tersebut tidak diambil kisah. Asalkan dapat gaji, cukup. 

Tapi, kesedaran mula timbul selepas diberitahu oleh seorang staff yang baru masuk. Budak tu ada pengalaman kerja di sebuah company besar sebelum ni. Terkejut jugak bila diberitahu majikan wajib buat caruman untuk pekerja walaupun pekerja tersebut baru masuk, masih dalam probation, tiada pengalaman kerja sebelum ni, pekerja contract & tetap juga perlu dicarum. Bila tanya kat bos, macam-macam alasan yang diberi. Huh, kedekut! Tak bertanggungjawab langsung. Medical card pun tak dak.

2. Tiada kenaikan gaji

Hampir setahun di situ, time raya je dapat gaji lebih. Huhu... Walaupun performance adalah suam-suam kuku, tetapi sedaya upaya untuk capai tahap seperti yang dimahukan. Suruh buat A, settle. Buat B, pun settle. Kenapa bila nak berhenti baru cakap pasal kenaikan gaji? Tawar hati dah. Bye, bye bos...  

3. Staff

Kat office, ada 2 kategori staff. Ejen & customer service staff. Ejen ada yang membantu, ada yang langsung tidak membantu. Customer servis staff, macam biasa. Buat kerja admin. Selalu kena marah dengan bos. Yang tak boleh belah, kena marah depan-depan customer. *Nanges* Kena pantas & efisyen selesaikan masalah samada melalui bos atau dengan HQ (walaupun HQ macam nak tak nak je layan kitorang admin staff ni & bos suka psyko admin staff untuk selesaikan masalah sendiri), kerja lebih masa siapkan ikut permintaan customer (walaupun tiada OT), buat closing account hari-hari sebelum balik rumah (kadang-kadang duit short, kena ganti pulak). Itupun, nasib baik gaji belum pernah dipotong untuk cover duit short. Haha... 

Boleh dikatakan, customer service staff lah yang paling busy buat kerja. Paling stress pun ye jugak. Dan setakat ini, masih boleh dibilang dengan jari lagi berapa orang keluar (berhenti) & masuk (staff baru). Senang jugak bos nak cari staff rupanya. Sorang pergi, 2 orang yang datang minta kerja. Senang. Tak perlu post kat mudah.my atau jobstreet untuk cari staff. Guna anak-anak/ anak buah/ kawan jiran untuk cari staff baru.

Ada 1 kisah ni, bos berhentikan staff secara mengejut. Walhal, sebelum ni, staff itu lah yang paling dia percaya untuk awasi perjalanan office. Tapi sebab utama diberhentikan pun sebab staff tu lagi pandai management daripada bos. Tergugat la bos kan. Haha...

4. Daily meeting

Ini memang rare. Boleh dikatakan setiap hari, tak kira pagi, tengahari (time tengah azan Zohor), lepas lunch (solat Zohor pun tak sempat buat lagi), petang (time azan Asar) & sebelum waktu kerja tamat (solat Asar belum tunaikan lagi, pernah jugak terbabas sampai ke Maghrib). Meeting, meeting, meeting... 

Tujuan utama meeting adalah supaya bos tahu outstanding kerja yang masih pending, result oriented atau tak, boleh selesaikan masalah atau tidak, panduan selesaikan masalah, dengan siapa untuk berhubung di HQ dan sebagainya. Macam dah fobia bila dipanggil masuk meeting. 

5. Hari Raya

Dapat cuti 3 hari saja. T_T Kerja sorang-sorang sebab sorang lagi staff telah diberhentikan. Demi mencari sesuap nasi, tabahkan hati jugak pergi kerja, settlekan problem customer yang berlaku sebelum raya lagi, sehari nak raya walaupun tengah bercuti, pun buka laptop di rumah. Sedaya upaya settlekan dengan orang HQ (nasib baik dapat customer yang memahami). Tapi bos pandai, lepas tu dia bagi duit raya macam bagi gaji sebulan. Sebelum raya dah bagi half gaji pulak tu, plus gaji. Tujuannya supaya lebih bersemangat untuk bekerja lettew. Sabor je lah...Tapi,siapa yang tak suka duit ye dok. Haha... Mata duitan. Memang senyum memanjang seharian kerja. ;p 

Banyak lagi kisah & pahit manis kerja di situ sebenarnya. Tapi biarlah rahsia. Mana ada kerja yang tak pernah stress & penat. Nak kata immune, tak juga. Sebab 1st job kan. Makanya, suka tak suka. Stay di situ sampai dapat kerja baru.



Alhamdulillah! Berkat usaha & doa yang tidak putus-putus dalam mencari kerja baru. Dapat jugak panggilan untuk interview. Mula-mula interview, sorang kakak ni yang offer. Lepas interview terus dapat job tu. Happy giler. Tapi, selepas timbang tara & memikirkan akibat dan musabab sekiranya terima job offer tu. Terpaksa lepaskan, sebab jauh plak officenya. Tempat pun boleh tahan sunyi. Paling tak best, sabtu halfday & kena travel untuk buat sales.

Second interview, memang berharap akan dapat. And yes! Dapat tawaran kerja di sana. Terus buat surat 1 month resign kat bos. Haha... Tak menyabor. Sebab utama terima tawaran kerja di sana adalah sebab dekat dengan rumah! :D Alhamdulillah~ Syukur sangat-sangat. Semoga tempat kerja baru ni lebih bersemangat lagi untuk bekerja.

Rasanya, cukuplah takat tu je cerita nya. Jumpa lagi!


::Job Interview 2::

Assalamualaikum wbt
Sharing is caring.

Last week interview kat Cyberjaya. This week interview kat Bandar Baru Bangi pulak. Preparation macam biasa. Tapi, pagi tu agak kelam kabut sikit. Tak tau nak dress yang macam mana. Nasib baik dah prepare semua kelengkapan & dokumen yang diperlukan untuk interview malam sebelumnya. Jimat masa, xperlu rushing2 yang amat. 1st interview hari tu pakai baju kurung. La ni teringin nak pakai yang santai2. Interview invitation pun santai, maka dressing pun santai2 la jugak. Hehe~ (Awas! Jangan tiru macam saya.)


Drive dari rumah ke Bangi adalah dalam 30 minit, jalan pun tak sesak sangat. Cuma terpaksa follow 3-4 buah kereta latihan memandu. Sabar. Sampai je sana, jemput kakak-1 dulu. Then baru sama2 gerak ke tempat interview. Feeling? Tak nervous, but confident! Rasa bersemangat waja. :)


Interview kali ini alhamdulillah. Berjalan dengan lancar. Dalam bahasa Melayu. Yang 1st hari tu in English. Result interview pun dapat on-the spot. Hehe~ Again, I've got the job offer. Report duty next Monday. Sempat lagi nak bercuti2 seminggu. 

Sekarang, masa untuk buat pilihan. Decide for which company I'm going for and the best company for me. Patutnye, esok ada lagi 1 interview kat Shah Alam. Company ni pun boleh tahan best jugak prospek kerjanya. Tapi bila dah dapat 2 offer ni. Tak rasa macam nak pergi ke sana. Banyak fikir. Transport+duit minyak...Terpaksa let go interview tersebut. Petang tu jugak write email untuk cancel interview esok. 

Tak pe lah. Buat masa ni kumpulkan pengalaman kerja kat area yang berdekatan rumah dahulu. Jimat masa+tenaga+duit. Then, dah rasa agak cukup pengalaman, cari kerja lain pulak. Tak gitu? :)

Kakak-1 adalah orang 1st yang tau pasal result interview ni. Siap belanja lunch lagi. Rezeki murah. Terima kasih banyak2. Kenyang makan2, lepak rumah kakak-2 pulak. Dah set nak berjalan2 cari barang2 & review laptop. Petang, balik rumah mak, abah, kakak-3 and adik-6 pulak dapat berita. 

Right now, boleh dikatakan. I am no longer unemployed! ;p

::Job Interview 1::

Assalamualaikum wbt

Sharing is caring.

Pagi Selasa yang lepas pergi interview kat satu company ni kat Cyberjaya. Dapat interview invitation ni pun Jumaat sebelum tu. Terus set appoinment, confirm datang. Dah malas nak dolak-dalik sebab before this, tolak satu temuduga. Tak yakin punya pasal. Tapi lepas difikir-fikirkan kembali. Kalau tak cari pengalaman interview tu, sampai bila kita nak yakin. Well, ibarat satu motivasi buat diri sendiri. Bermulalah detik2 di mana preparation interview dibuat. Macam nak ambik exam pun ada rasanya. :)

Sebelum ni intern kat Cyber. So, dah boleh agak kat mana tempatnye. Poyo expert lah sangat. Sekali sesat tak jumpa mana satu bangunan company tuh. Padan muka! Tapi kita relax je, call company tu, tanya direction elok2. Masih belum terlewat lagi untuk interview tu.  Must know the exact place and time for interview.

Right there, ring a bell, make permission to get into for attending job interview, then the doors open. Go upstairs, fill employment form before interview session. At that time, two candidate arrive, 1 was interviewed while another 1 was waiting for the interview. Feeling? A little bit nervous! Be punctual, please come 30 minutes before the interview start.

After finished fill the form, one of the company staff show me what exactly the company products, software and hardware. Tak sampai pun setengah jam, dah dipanggil masuk. Ini sebenarnya adalah 1st interview seumur hidup. Tak caye? Percayalah. Masuk2 je, greet interviewer sikit, say 'good morning' (depend situation). Then bila dipelawa duduk, baru boleh duduk diam-diam. Sesi interview start beberapa saat kemudian. Seperti biasa, soalan famous interview akan ditanya. Tell me about yourself, your family background and members, where you live, where you study, your former company, why you apply this positions and etc.  Be prepared, confidence, do some research.

Lepas ‘market’ diri sendiri, borak-borak santai pulak dengan interviwer tu. Time ni dah lega sikit. Hilang beban separuh. Not bad lah. Interviewer ni amat2 lah sporting. Giliran aku start tanya perihal company. Berapa orang pekerja company, apa produk sebenar company, waktu bekerja dan bila result interview ni keluar. Boleh juga tanya soalan2 yang lain sekiranya perlu dan ingin tahu. Ask your own questions.

Selesai je interview, shake hand sikit dengan interviewer (sama jantina, kalau tak, memadai dengan tunduk sopan). Then, balik rumah. Cuaca amat cerah dan terik. Lapar pun terasa jugak. Sampai rumah, duduk2 sejukkan badan, rehat2kn minda. Situasi yang sama berlaku right after finished one exam paper. Haha~ Petang tu, sebelum terlewat. Sent thank you email for interview invitation. Tak sure pulak korang ada buat ni semua atau tak. Tapi aku buat je. Saja2. Ikut syarat. ;p

Itu aje lah kut. Kalau korang perasan, ada yang sepatutnya aku buat time interview, tapi aku tak buat. Langsung. Fine! Bila balik rumah lepas interview tu. Macam2 yang aku fikirkan. Lupa nak submit resume+a copy set of academic transcript/  certificates+pictures+yang sewaktu dengannya. But, no worries. Relax. Aku cube relax. Fikir sejenak. Ya. Interviewer tu tak tanya pun nak semua benda tersebut. Tapi korang jangan ikut pulak ya. Aku bawak je semua dokumen2 penting yang diperlukan untuk interview. Cuma mungkin aku+penemuduga itu terlepas pandang. Maka, ianya dimaafkan. So, next time. Bila pergi interview, bawak dokumen2 yang penting, sila bawak. Kalau interviewer tu mintak, sila bagi mereka. Kalau tak diminta, boleh je tanya diorang. Encik nak tengok resume/ certificate saya kah? Tak kisah. Just asking. Mana tau diorang terlupa ke.

Hari Jumaat, beberapa hari selepas interview. Company tu call. I've got the job offer! Wehuuu! Alhamdulillah. But, xdecide lagi nak accept/ reject. Waiting for another job offer. :)