Hehe~ Tiba-tiba je post pasal ni pulak kan. Satu keputusan drastik & bukan main-main yang telah diambil & dilakukan. Benda baik, tak elok dilengahkan. Betul tak?
Merisik:
- Takde la lama mana buat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan ni. Dari tahun lepas lagi rasanya mula serius dalam perhubungan. Tahun ni start kumpul duit untuk kahwin. Bila duit dah cukup, si dia kata nak masuk meminang.
- Majlis simple je. Buat lepas abis waktu kerja. Sanggup mintak halfday last minit daripada bos untuk balik rumah buat persiapan.
- Dari segi persiapan untuk merisik pulak, cincin risik je la. Itu pun drama jugak nak mencari cincin yang berkenan. Ada yang berkenan, tapi mahal & ada yang takde saiz. Last-last, jumpa jugak yang simple, menepati cita rasa & bajet.
- Buah tangan: Sempat lagi tempah cupcake coklat untuk diberi kepada keluarga belah lelaki yang datang. Cupcake simple je. Itu pun last minit baru fikir nak bagi. Sebab dah dapat cincin, haruslah bagi buah tangan sikit kan. Nasib baik ada sahabat yang buat bisnes cupcake coklat ni.
- Time majlis risik, terus discuss tarikh untuk bertunang. Tak lama pun, dalam masa sebulan lebih perlu ditunangkan. Haha...
- Makanan: Masak sendiri, mak buat mee kari. :)
- Jemputan: Keluarga sahaja.
Bertunang:
- Lepas je majlis merisik hari tu, terus buat list untuk persiapan majlis tunang pulak. Dari segi persiapan, simple-simple aja. Tak banyak pening kepala nak buat walaupun hampir semua buat sendiri. Yang paling pentang, senang nak cari.
- Pelan asal majlis ni adalah doa selamat untuk mak, kakak & adik yang akan mengerjakan umrah tak lama lagi. Pagi sebelum majlis, diadakan majlis tahlil ringkas daripada kawan-kawan mak.
- Kitorang decide buat 7 berbalas 9 dulang hantaran. Tapi ada je yang terlebih bagi. Rezeki orang sponsor. Semua hantaran kebanyakannya adalah makanan. Untuk si dia, adalah la bagi barangan keperluan sikit.
- Tema warna peach keorenan. Baju peplum fishtail pun beli kat butik. Shawl halfmoon beli last minit sebab tiba-tiba shawl yang beli 1st dulu macam tak kena.
- Makeup: Guna khidmat mak andam. Yang ini memang drama. Makeup tebal. Siap ada fake-eyelash lagi tu. Sabor je la...
- Hantaran perempuan kepada lelaki: sirih junjung, potpouri, kek, cupcake, apam polkadot, kuih tart, buah-buahan, coklat + gula-gula + cookies, sehelai baju & buku.
- Hantaran lelaki kepada perempuan: sirih junjung, sebentuk cincin, gelang langkah bendul, kek, buah-buahan, pulut semangat, gula-gula + coklat, tuala, kain pasang dan sepasang dress.
- Cincin tunang: Selalu rajin check harga emas di pasaran. Check jugak mana nak beli cincin emas ni. Survey punya survey, jumpa yang berkenan. Seperti biasa, ada drama jugak. Biasa la, perempuan kan. Dah decide ini adalah cincin last yang akan dibeli. Sebab untuk nikah nanti nak gelang. Hehe...
- Pelamin mini: hasil gabungan air tangan dan idea keluarga. :)
- Makanan: Catering & khemah diuruskan oleh ayahanda.
- Doorgift: Untuk makluman, tiada dorrgift disediakan. Tak sempat nak fikir pasal doorgift pun sebenarnya. Ada jugak fikir samada perlu atau tidak buat doorgift ni. Tup tup, lepas majlis ada orang bagi doorgift. Rezeki, mak cik sponsor.
- Photography: Tiada upah mana-mana khidmat photography pun. Ihsan daripada keluarga & sedara-mara yang ada camera canggih untuk tangkap gambar.
- Time ni jugak, tarikh untuk majlis kahwin ditetapkan. InsyaALLAH, 6 bulan lagi. :)
- Jemputan: Sedara- mara terdekat sahaja. Ada jugak jiran tetangga yang datang. Kawan-kawan tak jemput semua pun. Tapi ada jugak la yang touching sebab tak bagitau buat majlis tunang. =,=
Itu sahaja lah serba sedikit perjalanan majlis merisik dan bertunang yang telah diadakan baru- baru ini. Simple, yet adorable orang kata. Haha, yelah tu. Walaupun dah prepare awal-awal, still masih ada kekurangan di dalam majlis tersebut. Apa-apa pun, alhamdulillah. Selesai sudah...
