::We are of Our Owns::

Sebagai seorang pelajar, sudah semetinya kita mengimpikan kejayaan yang cemerlang. Nak lulus straight A's dalam setiap subjek. Pointer nak tinggi-tinggi. Nak dapat DL every semester. Nak jadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Nak study sampai overseas dapat degree, master and PhD. Nak jobs yang berprofile tinggi macam CEO, lawyer, doctor, engineer, prime minister... Nak jadi kaya, pakai kereta mahal, rumah nak yang besar macam istana, barang-barang nak semua yang branded-branded. Kan? Kan? Jangan tipu diri sendiri. Semua orang punya impian yang sama. Dah tercapai ke belum? Takpa, takpa...Usaha tangga kejayaan.  

Never fail to plan unless you plan to fail.

Begini, nak capai satu-satu impian tinggi melangit yang kita mau dari kecik tak tau apa-apa sampai la dah umur sekarang ni semuanya ada strategi masing-masing. Tak percaya? Suka hati korang la...Tak rugi pun. 

1) Solat
Seorang Muslim yang sudah cukup umur dan baligh diwajibkan keatas mereka untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Ini bukan arahan, tetapi tanggungjawab. Solat itu tiang agama, right? Kalau tak solat, of course la tiang tu tak kukuh. Bila tak kukuh, lama-lama tumbang, jatuh rebah ke bumi. Sama la kita ni manusia yang bergelar Muslim. Kalau nak berjaya, kena la solat betul-betul. Ikut tertibnya. Bukan main aci redah je. Solat on time, jangan lengah-lengah. Kalau solat kita proper, insyaallah kejayaan akan menghampiri kita. Takkan time nak exam je baru kita sungguh-sungguh nak solat? Solat menggambarkan peribadi seorang Muslim. Kalau tak solat, Muslimkah kita?

2) Doa
Doa adalah wireless kita kepada Allah swt. Tak perlu pakai telefon bagai. Connection tanpa wayar je. Free of charges lagi.  Time makan kita doa, abis solat baca doa, nak study doa lagi. Bayangkan, berapa kali dalam sehari kita berhubung dengan Allah swt setiap kali kita berdoa? Subhanallah, kalah ranking call pakwe dalam sehari kan. Allah swt never failed untuk mendengar rintihan doa hamba-hambanya. Kita berdoa kepada Allah swt tanda kita ingat dan sayang kepada-Nya. Sekali kita ingat Allah swt, 10 kali Allah swt ingat kat kita. Selangkah kita menghampiri Allah swt, berlari-lari Allah swt mengejar kita. Allahuakbar...rugi siapa tak berdoa kepada Allah swt.

3) Usaha
Berusaha sangatkah kita nak capai misi dan visi tu? Ke hangat-hangat tahi ayam jer? Cakap je lebih, tapi tak usaha sungguh-sungguh. Boleh berjaya ke? Louder speak than action. Sia-sia...Lepas tu boleh la pulak salahkan guru/lecturer/majikan/soalan exam tu yang tak relevan, cekik markah la, kedekut markah la. Bila buat homework/assignment pulak main aci siap je. Macam mana nak dapat fullmarks kalau gitu. Jangan jadi OKU (Orang Kurang Usaha). Kejayaan tak kan datang bergolek dalam sekelip mata. Kena rajin baca buku, buat revision past year exam paper, banyakkan bertanya kalau tak faham sesuatu subjek, jangan buang masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan sentiasa buat dan ikut jadual waktu belajar dengan teratur.

4) Sikap
Sikap kita mencerminkan peribadi kita. Yes, we are what we eat. Bagaimana acuan, macam tu lah dohnya. Kalau asyik online 24/7 dengan tidak berfaedahnya sangat-sangat la mustahil untuk dapat DL sekelip mata! Kalau asyik tido tak hingat dunia lupa nak baca buku pun sama jugak. Kalau kita tengok orang-orang yang berjaya, sikap mereka sangat la superb! Rajin, bertanggungjawab, menepati masa, berusaha, gigih, tabah dan lain-lain sikap yang positif. Sikap sahaja dah menggambarkan siapa kita di masa akan datang.

5) Ibu bapa dan keluarga
Walau berjaya mana pun kita, ibu bapa tetap diutamakan. Doa ibu bapa tu mustajab tahu! Maka, berbuat baik lah terhadap kedua orang tua mu. Hormati dan taati mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan agama. Jangan derhaka kepada mereka. Sat lagi jadi si tenggang anak derhaka pulak. Tak pasal-pasal kena sumpah jadi batu. Tanpa ibu bapa, siapalah kita. Terima mereka seadanya. Bantu ringankan beban mereka, bukan menambahkan beban/ masalah. Seburuk mana pun perangai mereka, sejahat mana pun mereka, tak ada siapa yang dapat menggantikan title ibu bapa tu daripada kita. Air yang dicincang takkan putus! Darah yang mengalir dalam tubuh ni, DNA kita tetap sama dengan darah dan DNA ibu bapa kita.

6) Tawakkal
Selepas berusaha penuh gigih, berdoa siang dan malam dengan hati yang ikhlas, insyaallah...Kejayaan akan menghampiri kita. Sentiasa khusnuzhon dengan Allah swt. Sekiranya masih lagi tidak mencapai tahap kejayaan yang kita inginkan, percayalah...Allah swt sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Mungkin juga Allah swt nak uji kesabaran dan keimanan kita terhadap-Nya. Tak semestinya kita akan dapat dengan mudah apa yang kita mahukan, betul tak? Berusahalah dengan sehabis baik. Janji Allah swt itu pasti.

7) Bersyukur
Syukur itu dengan mengucapkan alhamdulillah. Bila kita dapat straight A's dalam UPSR/PMR/SPM, DL setiap semester, dapat jobs yang kita impi-impikan dan apabila kita sudah menjadi kaya, maka jangan lupa untuk bersyukur. Apabila kita bersyukur, semakin berjaya kita disisi Allah swt. Jangan mudah lupa diri apabila sudah berjaya. Mana tahu, sedang asyik membangga diri dengan kejayaan yang dicapai, dengan sekelip mata juga Allah swt tarik balik nikmat kejayaan tu. Jangan main-main dengan istidraj Allah swt. Hanya Dia yang berhak untuk menentukan segalanya.

Bukan ini sahaja, ada banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang. Semoga anda semua mencapai apa yang anda inginkan. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Yang baik itu datangnya daripada Allah swt, yang buruk itu datangya daripada kekurangan dan kekhilafan diri hamba sendiri. 


Thank you for reading! =)

p/s: Harap tajuk je gempak... T.T

::Busy::

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Salam 1 Malaysia

Tengah busy fikir macam-macam 
Next week dah start kuliah
Sems 5 dah kita
2 final sems
Alhamdulillah, syukur masih berpeluang untuk teruskan study
Berusaha untuk ke arah kejayaan yang cemerlang
Last sems internship pulak
Ah! Semak pulak fikir benda tu
Sekarang ni tengah buat persediaan
Persediaan untuk pulang ke kampus
Jom balik kampus! heh...
Semangat berkobar-kobar
Setelah 4 bulan bercuti sakan
Akhirnya...tamat sudah honeymoon yang tak macam honeymoon
Penat cuti lama-lama ni
Penat menjalani hidup yang tak sihat
Makan+tidur+online+shopping
Badan pun makin berat
Otak pun dah slowdown agaknya
Kene sharp tajam-tajam balik kampus ni
Raya pulak tak habis lagi
Semestinya kene datang jamuan raya fak+uni lepas ni
Makan lagi, haih -,-
Tak sabar, tak sabar...
Nak membusykan diri
Rindu dengan life as a student uni
Nak tengok bilik kesayangan kolej
Nak jumpa member-member sehati sejiwa fak
Nak jumpa lect sem ni
Nak masuk library yang cool
Nak study kesejukan dalam bilik kuliah
Nak buat assignment+baca nota kuliah
Nak bersukan kat stadium 
Nak beli lunch+dinner food kat dataran
Nak online ngan free wi-fi kolej
Wahhh!!!
Memang tak sabar lah...

::Chi Chi - Longer::

{credit to ms. youtube}
   
 p/s: I'm gonna miss you longer =) 

::Salam Lebaran::

Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan 
Dengan rasa gembira...

Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat semua
Tidak lupa juga kepada yang non-muslim
Salam 1 Malaysia

Hari ini, bersamaan dengan 9 hari sudah kita beraya
Dah habis raya ke belum?
Rumah-rumah makcik dan pakcik, sedara-mara semua
Sahabat handai yang jauh di mata tetapi dekat di hati
Sudah minta ampun zahir dan batin kah pada mereka semua?
Bagaimana pula dengan mereka yang telah 'tiada'
Sudahkah kita menziarahi pusara mereka?
Adakah kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana

Bagi anak-anak kecil
Mungkin masih sibuk mengumpul duit raya
Mengira dan mencukupkan 'target' untuk dapat RM100 tahun ini

Yang dewasa pula
Mungkin sibuk memenuhi jemputan rumah terbuka raya
Disana sini, macam-macam hidangan tersedia
Bagi yang sudah masuk kerja 
Apa pula ya...

Di hari raya ini
Tidak sah kalau kita-kita dan anda-anda semua 
Tidak lupa memenuhi kehendak nafsu makan yang bergelora
Setelah sebulan berpuasa
Terliur melihat lemang, ketupat, rendang dan kuih-muih yang lazat-lazat semuanya
Ada pulak rumah yang menghidangkan makanan berat-berat
Soto, lontong, sate, mi goreng, mihun goreng, laksa 
Ada pulak air ribena, air kurang gas Jaez
Sampai senak perut
Kembung dengan segala macam makanan
Lupa sudah 'diet' bulan puasa hari tu
Perut kini dah macam mengandung terlebih bulan

Aduhai...
Sepantas 'bullet train' masa berlalu
Sedar tak sedar
Puasa enam tak buat lagi
Yang sunat dilupakan
Yang wajib lagu mano pulok deh

Masih belum terlambat lagi
Untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ampunkan segala dosa-dosa daku yang telah atau yang akan dilakukan
Sama ada yang secara nyata, tersembunyi, yang lalu dan juga yang akan datang 
Kepada yang tidak mengenali diri ini
Ampunkan segala kesalahan yang daku lakukan dan yang akan daku lakukan
Sepanjang daku menjadi 'blogger'...
I'm not a perfect person

Sama-samalah kita bermaaf-maafan
Bukan mudah untuk menjadi manusia yang terbaik
Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang yang kita kenal dan sayangi
Bukan mudah nak senyum, ketawa gembira bila hati disakiti
Bukan mudah nak jadi 'blogger' yang berguna 
Bukan mudah...
Hey, stay chill lah!

Ya, sendiri mau ingatlah... ;p

p/s: Merepek...
Sigh! =,=