Sebagai seorang pelajar, sudah semetinya kita mengimpikan kejayaan yang cemerlang. Nak lulus straight A's dalam setiap subjek. Pointer nak tinggi-tinggi. Nak dapat DL every semester. Nak jadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Nak study sampai overseas dapat degree, master and PhD. Nak jobs yang berprofile tinggi macam CEO, lawyer, doctor, engineer, prime minister... Nak jadi kaya, pakai kereta mahal, rumah nak yang besar macam istana, barang-barang nak semua yang branded-branded. Kan? Kan? Jangan tipu diri sendiri. Semua orang punya impian yang sama. Dah tercapai ke belum? Takpa, takpa...Usaha tangga kejayaan.
Never fail to plan unless you plan to fail.
Begini, nak capai satu-satu impian tinggi melangit yang kita mau dari kecik tak tau apa-apa sampai la dah umur sekarang ni semuanya ada strategi masing-masing. Tak percaya? Suka hati korang la...Tak rugi pun.
1) Solat
Seorang Muslim yang sudah cukup umur dan baligh diwajibkan keatas mereka untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Ini bukan arahan, tetapi tanggungjawab. Solat itu tiang agama, right? Kalau tak solat, of course la tiang tu tak kukuh. Bila tak kukuh, lama-lama tumbang, jatuh rebah ke bumi. Sama la kita ni manusia yang bergelar Muslim. Kalau nak berjaya, kena la solat betul-betul. Ikut tertibnya. Bukan main aci redah je. Solat on time, jangan lengah-lengah. Kalau solat kita proper, insyaallah kejayaan akan menghampiri kita. Takkan time nak exam je baru kita sungguh-sungguh nak solat? Solat menggambarkan peribadi seorang Muslim. Kalau tak solat, Muslimkah kita?
2) Doa
Doa adalah wireless kita kepada Allah swt. Tak perlu pakai telefon bagai. Connection tanpa wayar je. Free of charges lagi. Time makan kita doa, abis solat baca doa, nak study doa lagi. Bayangkan, berapa kali dalam sehari kita berhubung dengan Allah swt setiap kali kita berdoa? Subhanallah, kalah ranking call pakwe dalam sehari kan. Allah swt never failed untuk mendengar rintihan doa hamba-hambanya. Kita berdoa kepada Allah swt tanda kita ingat dan sayang kepada-Nya. Sekali kita ingat Allah swt, 10 kali Allah swt ingat kat kita. Selangkah kita menghampiri Allah swt, berlari-lari Allah swt mengejar kita. Allahuakbar...rugi siapa tak berdoa kepada Allah swt.
3) Usaha
Berusaha sangatkah kita nak capai misi dan visi tu? Ke hangat-hangat tahi ayam jer? Cakap je lebih, tapi tak usaha sungguh-sungguh. Boleh berjaya ke? Louder speak than action. Sia-sia...Lepas tu boleh la pulak salahkan guru/lecturer/majikan/soalan exam tu yang tak relevan, cekik markah la, kedekut markah la. Bila buat homework/assignment pulak main aci siap je. Macam mana nak dapat fullmarks kalau gitu. Jangan jadi OKU (Orang Kurang Usaha). Kejayaan tak kan datang bergolek dalam sekelip mata. Kena rajin baca buku, buat revision past year exam paper, banyakkan bertanya kalau tak faham sesuatu subjek, jangan buang masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan sentiasa buat dan ikut jadual waktu belajar dengan teratur.
4) Sikap
Sikap kita mencerminkan peribadi kita. Yes, we are what we eat. Bagaimana acuan, macam tu lah dohnya. Kalau asyik online 24/7 dengan tidak berfaedahnya sangat-sangat la mustahil untuk dapat DL sekelip mata! Kalau asyik tido tak hingat dunia lupa nak baca buku pun sama jugak. Kalau kita tengok orang-orang yang berjaya, sikap mereka sangat la superb! Rajin, bertanggungjawab, menepati masa, berusaha, gigih, tabah dan lain-lain sikap yang positif. Sikap sahaja dah menggambarkan siapa kita di masa akan datang.
5) Ibu bapa dan keluarga
Walau berjaya mana pun kita, ibu bapa tetap diutamakan. Doa ibu bapa tu mustajab tahu! Maka, berbuat baik lah terhadap kedua orang tua mu. Hormati dan taati mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan agama. Jangan derhaka kepada mereka. Sat lagi jadi si tenggang anak derhaka pulak. Tak pasal-pasal kena sumpah jadi batu. Tanpa ibu bapa, siapalah kita. Terima mereka seadanya. Bantu ringankan beban mereka, bukan menambahkan beban/ masalah. Seburuk mana pun perangai mereka, sejahat mana pun mereka, tak ada siapa yang dapat menggantikan title ibu bapa tu daripada kita. Air yang dicincang takkan putus! Darah yang mengalir dalam tubuh ni, DNA kita tetap sama dengan darah dan DNA ibu bapa kita.
6) Tawakkal
Selepas berusaha penuh gigih, berdoa siang dan malam dengan hati yang ikhlas, insyaallah...Kejayaan akan menghampiri kita. Sentiasa khusnuzhon dengan Allah swt. Sekiranya masih lagi tidak mencapai tahap kejayaan yang kita inginkan, percayalah...Allah swt sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Mungkin juga Allah swt nak uji kesabaran dan keimanan kita terhadap-Nya. Tak semestinya kita akan dapat dengan mudah apa yang kita mahukan, betul tak? Berusahalah dengan sehabis baik. Janji Allah swt itu pasti.
7) Bersyukur
Syukur itu dengan mengucapkan alhamdulillah. Bila kita dapat straight A's dalam UPSR/PMR/SPM, DL setiap semester, dapat jobs yang kita impi-impikan dan apabila kita sudah menjadi kaya, maka jangan lupa untuk bersyukur. Apabila kita bersyukur, semakin berjaya kita disisi Allah swt. Jangan mudah lupa diri apabila sudah berjaya. Mana tahu, sedang asyik membangga diri dengan kejayaan yang dicapai, dengan sekelip mata juga Allah swt tarik balik nikmat kejayaan tu. Jangan main-main dengan istidraj Allah swt. Hanya Dia yang berhak untuk menentukan segalanya.
Bukan ini sahaja, ada banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang. Semoga anda semua mencapai apa yang anda inginkan. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Yang baik itu datangnya daripada Allah swt, yang buruk itu datangya daripada kekurangan dan kekhilafan diri hamba sendiri.
Thank you for reading! =)
Thank you for reading! =)
p/s: Harap tajuk je gempak... T.T