::Tukar Kerja::

Assalamualaikum...

Cukup setahun, mula berubah hati untuk mencari kerjaya yang lebih terjamin walaupun sebelum ni merapu cakap "I LOVE MY JOB!". Banyak cabaran dan dugaan bekerja di tempat lama dulu. Hari-hari survey jawatan kosong yang available untuk di apply. Terdesak. 

Tujuan utama mencari kerja baru:

1. Tiada caruman KWSP, PERKESO, Medical Card

Ok. Masa mula-mula kerja dulu, memang tak tahu menahu langsung mengenai kewajipan majikan & pekerja. Offer letter pun tiada. Tapi, disebabkan teruja sebab 1st interview terus dapat kerja, maka isu tersebut tidak diambil kisah. Asalkan dapat gaji, cukup. 

Tapi, kesedaran mula timbul selepas diberitahu oleh seorang staff yang baru masuk. Budak tu ada pengalaman kerja di sebuah company besar sebelum ni. Terkejut jugak bila diberitahu majikan wajib buat caruman untuk pekerja walaupun pekerja tersebut baru masuk, masih dalam probation, tiada pengalaman kerja sebelum ni, pekerja contract & tetap juga perlu dicarum. Bila tanya kat bos, macam-macam alasan yang diberi. Huh, kedekut! Tak bertanggungjawab langsung. Medical card pun tak dak.

2. Tiada kenaikan gaji

Hampir setahun di situ, time raya je dapat gaji lebih. Huhu... Walaupun performance adalah suam-suam kuku, tetapi sedaya upaya untuk capai tahap seperti yang dimahukan. Suruh buat A, settle. Buat B, pun settle. Kenapa bila nak berhenti baru cakap pasal kenaikan gaji? Tawar hati dah. Bye, bye bos...  

3. Staff

Kat office, ada 2 kategori staff. Ejen & customer service staff. Ejen ada yang membantu, ada yang langsung tidak membantu. Customer servis staff, macam biasa. Buat kerja admin. Selalu kena marah dengan bos. Yang tak boleh belah, kena marah depan-depan customer. *Nanges* Kena pantas & efisyen selesaikan masalah samada melalui bos atau dengan HQ (walaupun HQ macam nak tak nak je layan kitorang admin staff ni & bos suka psyko admin staff untuk selesaikan masalah sendiri), kerja lebih masa siapkan ikut permintaan customer (walaupun tiada OT), buat closing account hari-hari sebelum balik rumah (kadang-kadang duit short, kena ganti pulak). Itupun, nasib baik gaji belum pernah dipotong untuk cover duit short. Haha... 

Boleh dikatakan, customer service staff lah yang paling busy buat kerja. Paling stress pun ye jugak. Dan setakat ini, masih boleh dibilang dengan jari lagi berapa orang keluar (berhenti) & masuk (staff baru). Senang jugak bos nak cari staff rupanya. Sorang pergi, 2 orang yang datang minta kerja. Senang. Tak perlu post kat mudah.my atau jobstreet untuk cari staff. Guna anak-anak/ anak buah/ kawan jiran untuk cari staff baru.

Ada 1 kisah ni, bos berhentikan staff secara mengejut. Walhal, sebelum ni, staff itu lah yang paling dia percaya untuk awasi perjalanan office. Tapi sebab utama diberhentikan pun sebab staff tu lagi pandai management daripada bos. Tergugat la bos kan. Haha...

4. Daily meeting

Ini memang rare. Boleh dikatakan setiap hari, tak kira pagi, tengahari (time tengah azan Zohor), lepas lunch (solat Zohor pun tak sempat buat lagi), petang (time azan Asar) & sebelum waktu kerja tamat (solat Asar belum tunaikan lagi, pernah jugak terbabas sampai ke Maghrib). Meeting, meeting, meeting... 

Tujuan utama meeting adalah supaya bos tahu outstanding kerja yang masih pending, result oriented atau tak, boleh selesaikan masalah atau tidak, panduan selesaikan masalah, dengan siapa untuk berhubung di HQ dan sebagainya. Macam dah fobia bila dipanggil masuk meeting. 

5. Hari Raya

Dapat cuti 3 hari saja. T_T Kerja sorang-sorang sebab sorang lagi staff telah diberhentikan. Demi mencari sesuap nasi, tabahkan hati jugak pergi kerja, settlekan problem customer yang berlaku sebelum raya lagi, sehari nak raya walaupun tengah bercuti, pun buka laptop di rumah. Sedaya upaya settlekan dengan orang HQ (nasib baik dapat customer yang memahami). Tapi bos pandai, lepas tu dia bagi duit raya macam bagi gaji sebulan. Sebelum raya dah bagi half gaji pulak tu, plus gaji. Tujuannya supaya lebih bersemangat untuk bekerja lettew. Sabor je lah...Tapi,siapa yang tak suka duit ye dok. Haha... Mata duitan. Memang senyum memanjang seharian kerja. ;p 

Banyak lagi kisah & pahit manis kerja di situ sebenarnya. Tapi biarlah rahsia. Mana ada kerja yang tak pernah stress & penat. Nak kata immune, tak juga. Sebab 1st job kan. Makanya, suka tak suka. Stay di situ sampai dapat kerja baru.



Alhamdulillah! Berkat usaha & doa yang tidak putus-putus dalam mencari kerja baru. Dapat jugak panggilan untuk interview. Mula-mula interview, sorang kakak ni yang offer. Lepas interview terus dapat job tu. Happy giler. Tapi, selepas timbang tara & memikirkan akibat dan musabab sekiranya terima job offer tu. Terpaksa lepaskan, sebab jauh plak officenya. Tempat pun boleh tahan sunyi. Paling tak best, sabtu halfday & kena travel untuk buat sales.

Second interview, memang berharap akan dapat. And yes! Dapat tawaran kerja di sana. Terus buat surat 1 month resign kat bos. Haha... Tak menyabor. Sebab utama terima tawaran kerja di sana adalah sebab dekat dengan rumah! :D Alhamdulillah~ Syukur sangat-sangat. Semoga tempat kerja baru ni lebih bersemangat lagi untuk bekerja.

Rasanya, cukuplah takat tu je cerita nya. Jumpa lagi!