Salam...
Pernah dengar Fattabiouni?
Tak pernah?
Ada siaran TV Al-Hijrah di rumah anda tak?
Ada kan? Tapi, sejauh mana anda menonton siaran tersebut?
| {Project to revive the Sunnah} |
Nah...saya bukan la nak eksyen ke apa. Saya pun bukanlah seorang penonton tegar siaran TV Al-Hijrah. Saya akan tengok kalau ada rancangan yang best-best sahaja. Contohnya cerita Deddy Mizwar - Para Pencari Tuhan. Tetapi, sejak dua menjak ni, lepas tengok je satu rancangan daripada Fattabiouni, saya rasa seronok. Teruja tengok sebab berlatar belakangkan muzik Sami Yusuf - Almu'allim. Rancangan ni disiarkan pada setiap hari kalau tak silap. Tapi saya sempat tengok time Sabtu+Ahad sahaja sebelum waktu berbuka puasa 7pm.
Rancangan ni dalam bahasa Arab, tapi jangan risau la sebab ada je BM nye subtitle. Seronok tengok Pak Sheikh tu cakap Arab. Cara dia bercerita pun bersemangat je. Pak Sheikh tu citer kisah Rasulullah saw. Bagaimana Nabi SAW layan+kasihkan kanak-kanak, cara Nabi SAW melayani isteri-isterinya, cara mandi dan banyak lagi. Cuma tajuk ni je yang sempat tengok. Yang lain-lain tu terlepas sebab terlebih layankan citer Korea kat OneHD. *sigh!
Tak rugi layan Fattabiouni ni, sebab tak ambik masa yang lama pun. Ada la dalam 6-8 minit. Sekejap je kan? Ahad lepas tengok time 7pm, ada dua siri. Terbaek! Kalau anda tersangat-sangat nak tengok citer ni secara online, boleh aja. Try tengok kat Youtube. Tak pun klik terus kat website Fattabiouni. Kat situ macam-macam tajuk ada. Tapi tak semua ada subtitle. Semuanya dalam Bahasa Arab. So, jangan lupa tonton di TV Al-Hijrah setiap hari!