::Seorang Tua di Kaki Gunung::

Time aku kecik dulu, arwah nenek+atuk yang jaga aku. Rumah arwah atuk+nenek kat atas bukit. So, sampai je kat tepi jalan mak aku stop dan suruh aku naik atas sendiri sebab mak aku nak cepat pergi kerja. Bila dah sampai kat atas, barulah mak aku gerak. 

Kat rumah arwah ada banyak buku. Macam-macam buku ada. Daripada yang nipis-nipis sampailah yang tebal bagak. Semuanya tersusun rapi kat rak almari buku. Time tu aku dah boleh membaca. Maka, setiap kali cuti sekolah je, aku akan selongkar almari buku tu. Aku suka cari buku yang nipis-nipis je. Sampailah aku jumpa buku ni, "seorang tua di kaki gunung". Bila dah jumpa buku ni, first skali aku akan belek-belek dan godek-godek dulu kulit buku tu. Aku akan baca sinopsis kat belakang, tengok gambar muka depannya, best ke dak. Time aku jumpa buku tu, nampak macam buku lama. Tak lawa pun. Paper dalamnye kaler kuning. Tapi teruja nak baca sebab tengok kulit depannya gambar orang tua tengah duduk termenung. Macam best. Bila dah puas hati, baru la aku cari port yang best untuk landing atas bantal sambil baca buku yang aku jumpa tu.

{credit to mr.google} 
                 
Kawasan rumah arwah memang sunyi. Tenang lagi damai. Tak bising-bising macam sekarang. Makanya, aku akan baca sampai habis buku tersebut. Bila baca buku tu memang menyerap dalam sanubari. Yelah, citernye pun kat kawasan kampung. Tapi lagi daif daripada kampung aku. So, senang nak faham. *ceh, yelah sangat. Kecik-kecik dah bley faham. ;p

Aku tak tau la samada aku ingat lagi ke dak citer tu. Dah lama kot, tapi still try nak ingat jugak. Sebab aku suka gila ngan citer nih. Harapnya lepas ni, korang pun try jugak la cari dan baca buku ni. Tak rugi. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat.

Watak utama citer ni adalah Tukya, seorang bapa dan lelaki tua itu. Isterinya Besah. Mereka ni ada seorang je anak yang satu-satunya lelaki, iaitu Fikri. Boleh dikatakan Fikri ni pandai orangnya sampai berjaya dalam pelajaran dan bekerja di Kuala Lumpur. Kahwin pulak dengan Fatimah, dapat la 2 orang anak lelaki, Farid dan Lamin. Satu-satunya cucu yang paling rapat dengan Tukya ni adalah Lamin. Lamin ni suka sangat ngan Tukya. Boleh dikatakan paling sayang la. Bila Lamin kat kampung je, dia akan lepak ngan Tukya. Lamin ni tak kisah sangat rumah buruk Tukya. Langsung tak kisah kena gigit nyamuk, pakai lampu pelita, tidur dalam kelambu dan ikut Tukya masuk hutan. Farid lain pulak, dia lebih suka rumah kat bandar. Kalau balik kampung pun, mesti tak nak lama-lama. Sebagai seorang yang bekerjaya, Fikri dan Fatimah sememangnya tidak betah untuk tinggal di rumah Tukya lama-lama. Bila start cuti sekolah je, Lamin akan tinggal kat kampung.

Ada satu part kat dalam hutan. Tak ingat apa yang berlaku bila Tukya disengat lebah. Time tu, Lamin ada skali ngan Tukya. Demi untuk melindungi Lamin, Tukya sanggup kene sengat dan terjun sungai sambil suruh Lamin larikan diri balik rumah. Lamin dengan teragak-agak berlari balik dan bagitau nenek Besah. Isteri mana yang tak risau bila suami kene sengat lebah. Bukan calang-calang lebah yang sengat. Memang teruk satu badan Tukya bengkak-bengkak dan bisa. Tapi Tukya still maintain cool depan cucu kesayangan. *Part ni memang sedih.

Yang paling diingati adalah part bila Tukya nak tebang pokok. Ada satu pokok kat dalam hutan yang paling besar sekali. Namanya pokok cengal. Tukya nak tebang pokok tu sebab nak buat rumah baru yang lebih kukuh. Dia malu bila anak cucunya kutuk rumah buruk yang dia duduk sekarang. Dengan semangat yang kental, Tukya tebang pokok tu. Pokok yang lebih besar daripada pemeluk, ditebangnya sorang-sorang. Dia nak buktikan yang dia mampu untuk bina rumah yang sempurna di mata anak cucunya. Bayangkan, dengan kudrat seorang tua yang sudah berumur ingin menebang sebatang pokok yang bukan calang-calang besar pokoknya. Lebih besar daripada pemeluk, lebih tinggi, lebih keras dahannya dan semestinya lebih berat. Mampukah Tukya melakukannya seorang diri? Besah memang risau. Risaukan suami, risaukan keselamatannya. 

Tapi, memang Tukya orangnya degil. Tetap dengan pendirian. Nak jugak tebang pokok besar tu. Allahuakbar! Dengan sekali lafaz, satu ayunan dibuat. Kemudian, beberapa ayunan. Sampailah pokok tu nak tumbang. Hampir berjaya. Malang sekali, pokok tu jatuh bukan di tempat yang sepatutnya. Pokok tu hempap paha Tukya. Sakit yang teramat sangat bagi seorang tua. Apalah dayanya hendak mengangkat pokok yang besar dan berat itu jauh daripada pahanya. Besah yang mendengar jeritan Tukya berlari ke tempat kejadian. Terkejut yang amat apabila Besah melihat keadaan Tukya. Kudrat Besah pun tidak mampu untuk mengangkatnya. Tak sanggup melihat Tukya dalam kesakitan. Bingung! Tak tau nak buat apa. Tukya suruh ambik gergaji/kapak. *Yang ni tak ingat samada betul-betul gergaji/kapak. Tukya suruh potong pahanya yang kene hempap tu ngan gergaji/kapak. Lagi bingung Besah dibuatnya. Tak sanggup! Tapi Tukya desak juga sebab tak tahan sakit dibiarkan dalam keadaan yang begitu. Tanpa ada orang sekeliling yang membantu. Hanya mereka berdua di tempat kejadian. Hanya Tukya dan Besah. Besah memang tak ada pilihan. Diikut juga potong paha Tukya walaupun ngeri. 

Namun, nasib tak menyebelahi kedu-duanya. Siapa pula yang mampu menidakkan takdir Tuhan. Tidak disangka lagi, sebahagian pokok yang tumbang itu bisa bergolek (kalau tak silap) dan terus menghempap Tukya. Tukya betul-betul tidak dapat diselamatkan lagi. Innalillah... Jasadnya dalam keadaan yang mengerikan. Meninggal dunia ditempat kejadian, dihadapan Besah sendiri. *Part ni lagi sedih!  Tinggallah Besah keseorangan. Demi arwah suaminya, dia sanggup untuk tinggal di kampung, dirumahnya sendiri dan menolak pelawaan Fikri untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Baginya, biarlah dia di sisi arwah suaminya, di kaki gunung. Itu lebih baik. The end~

p/s: Al-Fatihah buat pengarang, allahyarham Azizi Abdullah yang telah meninggal dunia pada 21/8/2011 akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang setelah menjalani pembedahan jantung pada April. Semoga allahyarham di tempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Amin.