Assalamualaikum
Baru minggu lepas selesaikan VIVA presentation kat fakulti. Memang tak sangka sangat, macam baru semalam start intern+buat proposal untuk report thesis. La ni dah kene present depan advisor +examiner pulak. Jantung dah dup dap dup dap tak tentu hala.
Untuk semester 6 (final year) ni kitorang memang kena buat research study based on company tempat practical training. Dulu pernah buat research time sem 3. Tapi yang tu research+lecture. Time tu, even final exam dah abis pun still kena redo research lagi.
Anyway, macam-macam yang terjadi before+during+after VIVA presentation. Meh start before dulu. Untuk VIVA ni, kene set date+time+class yang nk guna untuk presentation. Prof dah setkn date+masa untuk VIVA. Kitorang setujukan aje sebab kalau nak argue pun xboleh. So, ikutkan ajelah jadual Prof. and harap semuanya selesai. No delay-delay lagi. Ikutkan, group kitorang bukanlah group yang paling lewat sekali present sebab ada je group yang kene present on the time untuk submit markah report. Time kebanyakan orang dah abis exam. huhu~
Sebelum tu, group member ada roger yang incik advisor nak report dalam bentuk hardcover+softcopy time present nanti. Means, final report la ni. No redo. Agak cuak sedikit sebab masa untuk print+buat hardcover 1 hal, and kalau xredo nanti markah kurang la kat final report. Itu pun kalau xde problem ngan presentation+report. Kalau ada problem, dah tentu pengsan tak bangun-bangun. Redha je lah.
Nak dijadikan cerita. 2,3 hari jugak lah stay-up running SPSS buat data analysis+buat report+prepare slide presentation. Dah jadi ketagih dengan nescafe 3 in 1. Nasib baik dah prepare awal-awal Double A A4 Paper+ink printer. Siap je report thesis, dengan bismillah, terus print report 2 copy. 1 copy untuk buat hardcover, 1 lagi akan diphotostat lagi 2 copy untuk advisor+examiner+diri sendiri. Warna-warni table report I! haha~ Selesai! Then, went to Bangi on Saturday morning, kedai Double A kat area simpang ke KTM UKM untuk buat hardcover. Siap dalam masa 5 jam (10am-3pm) =RM50. +,+ Hebat x? Lega dah ni. Selesai 1 kerja. Lepas ni burn report dalam CD plak untuk buat softcopy. Ahad lepak-lepak kat rumah kakak. Isnin baru practice untuk presentation.
Kini, tibalah masa yang dinantikan dengan penuh debaran. On Tuesday, 10th July, dengan gigihnya bangun seawal 5.30am untuk bersiap ke universiti sebab present 8am. Perjalanan yang diambil dalam kurang 1 jam, depend speed+traffic jugak kat MEX. 6.30am dah gerak sorang-sorang ke sana and sampai dalam 7.30am camtu. Jalan tak sesak. Good. Sampai kat uni, dapat parking jauh-jauh dari fakulti. Exercise naik+turun bukit+tangga pagi-pagi. *pengsan!*
Singgah office ambik evaluation form and oh, nasib baik member sorang dah sampai. Hehe~ Sempat lagi borak-borak perihal data analysis yang nak present nanti. "15 minit je present", "kalau xtau jangan present tang tu", "buat yang simple-simple je", "data xsemestinya kene buat semua analysis", "slide tak boleh lebih 15". Oohhh~ Dah terfikir nak buang 2,3 slide yang agak x confident untuk present nanti. Terus siapkan isi nama+student id+tajuk thesis dalam evaluation form sambil sambung borak tentang slide data analysis. Again. Cuak, sangat cuak...
Hampir 8.15am. Tapi batang hidung group member yang lain xkelihatan. Bingung sebentar. Biar betik present kul 8am nih. Malas nak fikir banyak-banyak, then terus gerak masuk class and cepat-cepat on komputer+projector. Redo slide data analysis. Tak lama kemudian, advisor pun masuk, examiner pulak belum sampai. Try call Prof. banyak kali sebab call-call x angkat. Disebabkan beliau banyak no, bila xdapat call 1 no, kene call no lain plak. Dapat! Malangnye, Prof. tak sihat. Tak dapat datang. Ingatkan kene postpone lagi. Tapi Prof. dah bagi kebenaran untuk teruskan VIVA tanpa beliau. Present depan advisor sorang je lah. Then, 8.30am start present. Sebelum tu cabut undi dulu. Fine, i'm the 2nd presentor.
Fokus kat presentor yang pertama. Member present dulu. Bla..bla..bla.."Exploratory, discriptive and causal analysis", "mana correlation+regression untuk hypothesis testing?" Member xbuat data tu. "Data ni belum lengkap lagi, xsupport hypothesis awak. Kiranya research awak ni tergantung". Ooo...kalau ada hypothesis testing, kena ada data analysis yang boleh support hypothesis tu sama ada accepted/ rejected. Jadi, correlation+regression kena ada skali. Ting! Dah puas pikir dah ni. Kene masukkan balik slide yang kena buang awal-awal tadi sebab dah terbuang slide untuk correlation+regression analysis. Nasib baik ada lagi 1 copy slide yang xredo. Nervous, nervous...
Then, tiba giliran yang dinantikan. Time ni guna slide yang mula-mula xkena edit. Bla..bla..bla.."Frequencies, Cronbach's Alpha, descriptive test analysis, correlation, regression, hypothesis testing accepted/ rejected", bla..bla..bla... "hmm, kenapa conclusion+recommendation xalign dengan mean awak??" Gosh! Finally, "awak punye research dah bagus dah, cume saya nak awak tambah sikit kat part literature review, and redo balik conclusion+recommendation, mesti align dengan mean awak tadi tu". Dia kata presentation aku baguslah! Alhamdulillah! hehe~
Abis je VIVA, dengar komen sikit daripada incik advisor a.k.a. examiner. Rupa-rupanya, dia xsuruh pun buat hardcover tu. Sekali lagi nak pengsan! Dah rugi RM50 gara-gara miscommunication. Haih~ Takpelah...
2 hari je yang diberi untuk redo final report thesis before submit to the advisor+examiner+coordinator. Nasib baik advisor+coordinator nk softcopy je. So, buat 1 hardcover je la sebab examiner nak. Tapi yang ni kene add-up RM10 sebab buat kat kedai lain plak. Siap dalam masa 2 jam (11am-1pm). Total RM60. Wow! Tu tak tambah lagi dengan buat 3 copy CD label+cover. =,=
Last week menapak ke uni lagi. Submit hardcover final report+CD+practical training log-book+evaluation form. Tamat sudah part 6. Alhamdulillah.
Kesimpulannya di sini, research thesis+SPSS bukan kerja mudah. Jadi, buat habis baik uolls!
Thank you for reading! =)