::3 Weeks::

Assalamualaikum wbt

Tik tok, tik tok, jam berbunyi...

Sedar tak sedar, dah 3 minggu bekerja. Salary pun dah dapat walaupun belum cukup sebulan kerja. Alhamdulillah! Bos saya memang baik. =)

So far, keje semakin mencabar masa+keupayaan+iman. Semua ini harus dihadapi dengan penuh tanggungjawab. Kerja kita, tanggungjawab kita. Tak kira lah di dunia atau pun di akhirat. Semua akan di soal kelak. Kerajaan atau swasta, sama saja. Yang penting, bertanggungjawab. Kalau tanggungjawab ini kita tak boleh nak laksanakan dengan baik+betul, macam mana pulak kita nak laksanakan tanggungjawab yang lain pulak kan.


Kerja adalah satu ibadah. Sama seperti solat 5 waktu yang wajib bagi semua umat Islam yang sudah baligh. Solat terjaga, insyaallah, kerja kita pun terjaga. Yang penting disiplin ke atas diri sendiri. Semua ini "Lillahi Taala" (kerana Allah swt). Curi tulang, makan gaji buta, rasuah, semua ini boleh dielakkan sekiranya kita bekerja berlandaskan syariat Islam. Tidak sukar sebenarnya, kerana kita sememangnya sedar+jelas akan dosa dan pahala. Buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa. Betul lah kan? =D


Seminggu start kerja, saya outing sana-sini. Kenal-kenal dengan BOD yang akan berurusan dengan saya pada masa akan datang. Kenalpasti tempat/ lokasi penting untuk urusan kerja dan sebagainya. Seronok! Seminggu itu juga saya tak perlu keluarkan duit untuk lunch sebab bos sponsor. Hehe~ Alhamdulillah.


Masuk minggu ke-2, saya tahu saya perlu tingkatkan lagi usaha saya untuk menguasai selok-belok perniagaan yang saya ceburi ini. Tak nak malas-malas. Sedaya upaya siapkan semua kerja supaya tiada kesulitan di masa hadapan. Then, sampai ke minggu ke-3, multitasking! Semoga masuk sebulan kerja ini, saya tidak menimbulkan masalah kerja kepada staf-staf yang lain juga masalah kepada company. Nak cipta rekod yang baik dalam sebulan nih. Upgrade kebolehan diri (career development). Insyaallah!


Have a nice day! :)