::B2B Part - 1::

Assalamualaikum~

Kali ini, nak share persiapan kahwin yang telah dilakukan baru-baru ini. Tak banyak pun, tapi boleh la. Hehe...

Done:

  1. Catering: Tiada rewang atas masalah-masalah teknikal yang bakal tidak dapat dielakkan nanti. Upah catering dengan orang yang sama untuk majlis tunang yang lepas. Sebab dekat dengan rumah dan memikirkan mudah untuk berurusan. Abah settlekan jugak. Dah discuss siap-siap lauk apa nak order, bajet makanan untuk 1000 orang tetamu, kanopi dan scallop.
  2. Kursus Pra-Perkahwinan: Yang ini pergi dengan kakak & member sorang. Ambik kat P9, Putrajaya sahaja sebab dekat. Kursus selama 2 hari. Mengantuk? Mestilah! Hehe... Tapi ada jugak part yang best. Si dia dah pergi kursus awal-awal dulu. 
  3. Mini pelamin: Mini jugak jadinya sebab xmau buat pelamin yang grand-grand sangat. Haha... Mini pelamin adalah hasil DIY. Tapi barang-barang semua sewa dekat Your DIY Project Supplies. Ada jugak pelamin daripada takde kan. Boleh la bergambar kenang-kenangan di situ since kitorang xmau direnjis-renjis dipilis. :)
  4. Baju nikah & sanding: Buat 1 persalinan sahaja sebab nikah dan sanding buat dalam hari yang sama. Nak jimat kos jugak. :) Beli kain dan tempah sebab susah nak cari yang ready made & sedondon kerana bukan warna putih yang dipilih. Hehe..;
  5. Baju bertandang: Beli kat Jalan TAR. Time tu jalan xjem pun, orang KL busy beraya di kampung lagi kut. Nak cari parking pun senang je, tak sesak. Tawaf semua kedai & jumpa warna yang sedondon. Yang ini kami pilih ready made.
  6. Hantaran: Antara barang-barang hantaran yang telah siap dibeli adalah sejadah, telekung, jubah lelaki, baju kurung & tuala mandi. Beli kat Jalan TAR juga. Murah-murah. :)
  7. HIV Test: Buat sama-sama dekat klinik kesihatan kerajaan yang terdekat time raya jugak. Caj RM1 untuk seorang. Alhamdulillah. Dua-dua -ve. :)
  8. Kad kahwin & bunting: Dah tempah untuk 1200 pcs (dua belah pihak) & bayar deposit. Tapi tak dapat draft lagi pon...
  9. Photographer: Si dia ada member yang berkebolehan dalam bidang ni. Asal ada gambar je la kn. :p
  10. Doorgift towel: Dah siap beli 500 pcs towel kecik siap dalam box tu kat Puncak Gift. 1 box ada 50 pcs bersamaan dengan RM20. Murah giler kan?! Tapi sebab time tu ada promosi hebat. Siap COD lagi. Hehe...
  11. Doorgift tasbih keychain: Disebabkan mak plan nak buat majlis khatam Al-Quran sehari sebelum majlis nikah, jadi plan untuk buat sikit doorgift tetamu pada majlis tu nanti. Tempah tasbih keychain kat Doorgift Kahwin Murah. RM0.70/pcs. Mula-mula tempah dalam 130pcs. Tapi lepas tu kakak suruh tambah lagi 300pcs.
  12. Button badge: Perlu ke tak perlu? Ikut bajet lah... :)
  13. Bilik pengantin: Haha... bilik pengantin sangat. Mula-mula tu xde plan langsung nak cat bilik ke apa. Tapi bila fikir balik, perlu cat jugak sebab cat yang sedia ada sebelum ini sangat pudar. Suram pun ye jugak. 30 Ogos yang lepas, balik kenduri kahwin terus beli cat bilik. Beli jugak tikar getah yang baru. Yeay! Bilik dah ceria sikit. Tinggal nak hias & beli perabot je nanti.
  14. Bungkusan untuk doorgift: Baru beli bungkusan je. Iaitu brown paper + doily paper. Beli di kedai jual barangan kek. Murah-murah jugak.
  15. Rumah sewa: Si dia dah book rumah sewa awal-awal hari tu :)
  16. Kasut (L): Bukan untuk hantaran. Tapi untuk dipakai masa majlis nanti. Dah beli siap-siap kat Warta. 
Not Yet:
  1. Borang kebenaran nikah (L+P)
  2. Book tok kadi
  3. Cincin (L) + Gelang (P): Belum cari lagi. Tapi dah tau tempat mana nak beli nanti.
  4. Bunga pahar: 100pcs (P) + 50pcs (L)
  5. Bunga manggar
  6. Hantaran (P): Kasut + tas tangan
  7. Hantaran (L): Kena pikir untuk 2 dulang lagi. Apa ya? 
  8. Doorgift kanak-kanak: Kakak sponsor. Tapi belum beli lagi.
  9. Inai: Beli tiub dan buat sendiri. Tiada corak dikenakan. :)
  10. Perabot bilik: Plan nak beli katil je bawak masuk bilik. Sebab almari dah ada. Kalau bawak masuk almari baru jugak, almari yang sedia ada nak sumbat mana pulak kan. Makanya, almari baru akan terus masuk rumah sewa lepas ni. 
  11. Veil
  12. Handbouquet
  13. Makeup: Nak tempah mak andam or makeup sendiri?
  14. Pengapit: Tak de kut. Hehe...
  15. Payung: Memang dah plan tiada perarakan berkompang nanti. Pengapit pun tiada ;p Tapi...prepare je la 2 kaki payung siap-siap. Kalau tak guna pun, nanti boleh guna lepas kahwin nanti kan. Hehe...
  16. Kasut (P): Pakai kasut konvo yang dulu je boleh tak? Sedang dalam pertimbangan...
  17. Honeymoon: Haha... Tak decide pun nak ke mana nanti. Settlekan majlis dulu, baru decide ;p
Rasanya, itu je setakat difikiran. Akan update lagi nanti. Majlis kami simple je. Sempoi pun ye jugak. Haha... Yang penting semuanya berjalan lancar. InsyaALLAH... 

Another 3 months to go! Chayok!