Assalamualaikum w.b.t
Raya tahun ni tak banyak berjalan. Still ada lagi rumah sedara-mara+sahabat handai yang tak dapat dikunjungi. Kebanyakan mereka suka call di pagi hari time baru bangun tidur booking rumah cepat-cepat nak datang beraya. Semalam bukan main lagi plan nak pergi rumah polan si polan untuk beraya. Cancel! Huhu~
Orang kata, tak baik halau tetamu. Kalau mereka nak datang, dipersilakan dengan baik budi bicara ala lemah lembut walau terpaksa cancel plan nak beraya rumah orang. Hidangkan yang terbaik buat tetamu. Mana tau itu rezeki bergolek yang Allah swt berikan ye tak?
Tiap kali tetamu datang beraya, my lovely mother tak kisah masak-masak. Masak la apa pun hidangan. Meehun goreng ke, mee goreng ke, mee kari ke, nasi berlauk 5 macam ke. Masak la apa pun tak kira pagi, petang, siang, malam tetamu datang. Masakan yang cepat, simple dan sedap akan disediakan. Bila ada lebih, tuan rumah pulak yang ngap! Haha~ Puas agaknye dapat hidangkan yang sedap-sedap untuk tetamu.
Rumah kami memang tak besar mana. Kalau buat kenduri-kendara ala grand mesti nanges. Even, dapat buat yang kecil-kecilan pun dah cukup baik. Time raya supposedly rumah akan diatur dan dilapangkan supaya tetamu yang bertandang dapat duduk di bawah kipas dalam cuaca panas/ sejuk dengan selesanya.
Bila dapat beraya rumah orang, ada bestnya jugak. Best bila dihidangkan makanan berat-berat. Tak kisahla nasi ke, mee-mee ke. Dah jemu makan kuih raya sebenarnya. Hehe~ Tak missed kalau orang ajak datang open house. Makan free, sape tak mau kan???
Tapi, bila raya dah nak tamat ni. Macam-macam feelings ada. Dah tak dapat makan best-best lagi. Raya sebulan je. Habis raya, makan macam biasa. Mulalah mengidam yang bukan-bukan. Rendang lah, nasi impit kuah kacang lah, lodeh pulak. Aiyyooo~ Tak sabarnye nak beraya tahun depan.
Tahun ni cipta sejarah beraya dengan PM. Sejarah la sangat. Tak dapat jumpa PM pun. Petang time orang tak ramai baru jejak kaki. Makanan pun tinggal saki baki je. Itu pun mengah jugak nak rebut-rebut masuk dalam singgahsana PM tu. Maklumlah, 1Malaysia kan. Pelbagai bangsa yang datang. Cenderamata untuk tahun ni PM bagi mug & kuih raya 1Malaysia. Not bad lah kan. :)
Dapat jengah 6 buah rumah bestfriend pun kira beruntung tahun ni. Nak buat acaner. Ramai yang dah bekerjaya. Cuti pun tak lama. Nak gathering beramai-ramai agak sukar. But,still tahun ni dapat duit raya lagi. Wehuuu! Awet muda lah katakan. ;p
Insyaallah...Tahun depan diizinkan Allah swt. Kita sambut raya dengan meriah lagi ya!