::Hari Malaysia vs. Open House::

Assalamualaikum w.b.t.

16 September 1963 - Selamat Hari Malaysia yang ke 49 tahun
29 Syawal 1433H 

Gigih sungguh kakak ku yang sorang ni buat open house. Hand made cooking pulak tuh. Sanggup bangun 3 pagi start masak. Menu special open house kali ni adalah rendang ayam, pulut kuning, nasi impit kuah kacang, mee kari, spaghetti, bersama-sama dengan air ribena. Kelasss kau Maria! :)

PAMA pulak sponsored kuih karipap dan puding jagung. Pun home made cooking jugak. Kiranya tahun ni meriah sikit bagi kami se-family sebab dapat buat open house untuk sanak saudara & sahabat handai sekalian. Even tak buat kat rumah sendiri sebenar-benarnya, tumpang rumah kakak ku sorang ni pun dah cukup bagus. Rumahnye besar, lapang & luas untuk tetamu duduk-duduk makan dan lepak sambil borak-borak sakan.

Yang bestnye, open house kali ni tak terasa mengah & penat langsung. Seriously! Agak santai pada hari itu. Sempat jugak tuan rumah tumpangan ni makan berkali-kali. Sambil jamu tetamu makan, sambil sumbat mulut sendiri. Hehe~ Kitorang memang tak rajin buat open house. Kalau nak buat pun mesti plan awal-awal. Tak nak la nanti bila buat open house orang tak datang. Kerja. Tak pun banyak sangat undangan open house sampai lupa nak datang rumah sinun. =,= 

Rumah kakak ku sorang ni memang agak pelik sikit la. Yang tak pernah datang akan sesat sampai ke hujung jalan. Tapi, ada yang tak sesat tu kami agak pelik. Haha~ Tak yah nak pelik-pelik lah. GPS kan ada. Tapi yang sesat-sesat tu tak risau nak marah/ naik angin dek kerana tak jumpa rumah yang di cari, dah la cuaca panas pulak tu. Semua ini dapat diredakan dengan menjamah makanan yang sedia hidang. 

Ramai yang puji & kata suka makanan pada hari tu. Sedap! Memang tak dinafikan. Kakak ku sorang ni pandai masak. Suruh la dia masak apa pun. Semua pasti sedap walaupun itu adalah resepi 1st time try. Ini terbukti bila tart telur yang dibuat tengahari licin. Sumpah tak tipu. Untunglah~ Dah kahwin pun! :]

Actually, nak sambut hari kelahiran abah yang dah lepas isnin tu (10/9). Kesian, tak de orang sambut besday dia. Sume busy kerja. So, sambut sekali ngan Hari Malaysia. Orait la tu kan. Abah pun seronok nampaknya sebab dapat berkumpul & berjumpa ramai-ramai. Happy birthday, Abah! May Allah s.w.t. bless you. Amin.

Disebabkan kami ni menumpang open house rumah kakak, PAMA decide nak tidur sekali kat situ. Senang. Tak yah penat-penat nak balik. Isnin kan cuti. Boleh la tolong mana-mana yang patut nanti. Kemas rumah, basuh-basuh & susun-susun pinggan mangkuk, mop lantai & yang paling penting sekali makan-makan untuk kesekian kalinya. 

Selamat Hari Malaysia semua! :)
Hoh! Nak abis raya dah!